Monday, April 30, 2007

harapan seorang ibu.......

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU CINTAILAH IBU SEKARANG SEMASA IBU MASIH HIDUP USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA IBU MASIH HIDUP AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA.........MAAFKAN AKU IBU...DOAKAN AKU BERJAYA...

Saturday, April 28, 2007

sahabat yg sebenar...

  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya,tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Friday, April 27, 2007

kenapa Allah menguji hambanye...

  • KENAPA KITA DI UJI???Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,..."
  • KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN??Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui..
  • "KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
  • "RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST??Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139)"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman
  • "APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??Allah kata dalam surah taubat(ayat 111)"sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka
  • AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"sahabat yang dirahmati Allah...kita sering lupa, apa jua yang kita rasa..sedih, putus asa dan apa saja, Al-QURAN lah yang menjadi penawarnya

Thursday, April 26, 2007

bersyukurlah...

Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!

Monday, April 23, 2007

munajatku....

Tuhan jika Kau izinkan Ingin sahaja kulayar zikir seribu malam Dan bertahajjud memohon cinta Setiap detik malam syahdu...Tuhan jika Kau izinkan Ingin ku semai benih-benih haruman di taman Dan kucorakkan kuntuman mawar mekar Manfaat buat kumbang bertandang....

Namun Tuhan aku sebenarnya hamba yang mencari Dan dalam jahil aku cuba melihat erti cinta...Dari bawah batu bukit di lembahMu...Tuhan munajat ini Kulafaz sedih bertapak di bibir mulut Mengharap dapat memungut cinta di jalanMu...

Moga zikirku adalah rindu Dan kumbang di taman mendapat madu....

salam imtihan...

sahabatku...
Bila dirimu letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan airmatamu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkanmu,
Allah setia di sisimu,
Bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian,
Bila tiada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA....

Kalam Pertama

Salam Perjuangan Tanpa Noktah!

Semoga kita sama-sama thabat dalam perjuangan dan kehidupan, hingga hujung nyawa.

Abadikan segala janji untuk Islam walau nyawa jadi taruhan ...