Thursday, March 20, 2008

HATI..

HATI-HATI DENGAN HATI..

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.
Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org
tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini
sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes
dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.
dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan
yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal
yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..
cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas
meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma
tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah
kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah
pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu.  Ebiler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia ¦buruklah padahnya.
jaga hati kita yer..jangan biar ia kotor..

Saturday, March 1, 2008


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati kita tersenyum. Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.Laluilah kehidupan ini dengan mengharap cintaNYA.

Saturday, November 24, 2007

Kejujuran dan kasih sayang...

Kejujuran benteng kasih sayangDi mana-mana di dunia ini, kasih sayang adalah nadi kehidupan. Kasih sayang yang teguh adalah kasih sayang yang terbina di atas landasan kejujuran dan keikhlasan. Bahagialah hidup insan yang mampu mempertahankan kebahagiaan dan kasih sayangnya dengan kejujuran. Ingatlah, penipuan takkan selamanya mampu kita selindungkan. Satu masa, ia akan terbongkar juga.Dan di saat itu, kasih sayang yang terbina di antara si penipu dengan mangsanya pasti akan berkubur di kaki sejarah. Syak wasangka akan mula sentiasa merajaihati. Berlaku jujurlah pada semua insan di sekeliling kita. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang terbina, kekal menjadimilik kita hingga ke akhir nanti...

Thursday, June 28, 2007

Anugerah ciptaan Tuhan...


ya allah tenangkan hati hambamu yang lemah dah hina.
agong sungguh ciptaan moga aku dapat berteduh dirimpun kasihmu..

Saturday, June 16, 2007

Aku hanya mampu berdoa...

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu,Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..Ya Rabbana,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,Ya Rabbul Izzati,jika aku jatuh hati pada hamba Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalm perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindui hambaMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMuamien.... ya rabbal 'alamin..

Friday, June 15, 2007

Mutiara kata..

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agarkita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan (Dale Carnagie)Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Monday, April 30, 2007

harapan seorang ibu.......

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU CINTAILAH IBU SEKARANG SEMASA IBU MASIH HIDUP USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA IBU MASIH HIDUP AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA.........MAAFKAN AKU IBU...DOAKAN AKU BERJAYA...