Thursday, April 26, 2007

bersyukurlah...

Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!

No comments: