Tuesday, June 24, 2008

kata-kata hikmah imam syafie

Keutamaan ilmu

“Jika aku melihat ahli hadis, terbayang olehku sahabat- sahabat Rasulullah. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikkan mereka, sebab mereka telah melestari iaitu mengekalkan sesuatu yang asli. Selain itu, mereka memiliki kelebihan di atas kita.

“Semua ilmu, kecuali al- Quran, hadis dan fikah menyibukkan orang. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya. Sebab, kalau tidak ilmu itu datangnya daripada syaitan.

“Kegilaanmu itu gila dan tidak ada doktor yang mampu mengubati kegilaan itu. Diri yang tidak kau rendahkan itu tidak akan mulia

No comments: