Tuesday, June 24, 2008

nasihat untuk diriku dan semua..

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan. dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."

Sabda Rasulullah lagi :

4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan

Seorang hakim berkata : 6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-

1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.

Rasulullah bersabda:

" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama,
2.Berhati-hati dalam lidah,
3.Senyum di muka,
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.

Yakya bin Aksam berkata :

"tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."
Lukhman al-hakim berkata kepada puteranya: hai anak, siapa yang bersahabat pada seseorang yang jahat tidak selamat. dan siapa yang masuk di tempat yang jelek akan tertuduh. dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya akan menyesal.


Seorang hakim berkata :

Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh

No comments: